Bila berjalan, aku menghayati setiap sudut di San Francisco. Hati terdetik “Bersyukurlah dikurniakan peluang untuk menjejak ke tanah yang begitu cantik. Tidak berfikir dapat melancong ke 17 buah negara tanpa satu sen dikeluarkan duit poket sejak 2012. Segala pengorbanan dan usaha sangat berbaloi.
|
Kali pertama bertapak di negara Amerika Syarikat, salah satu negara demokrasi maju di dunia. |
|
Cuti di Eropah dengan suami tercinta |
Mereka tertanya “Kenapa anda sentiasa cantik? Bagaimana anda mendapat pendapatan yang begitu banyak? Kerja sibuk tapi masih kekal muda dan cantik? Apa caranya?” Tersenyum aku. Semangat keusahawan tidak pernah mati walaupun tiga bisnes yang diusahakan selama 15 tahun terpaksa gulung tikar. Sikap yang tidak berputus asa dan sentiasa percaya kepada Tuhan sentiasa ghairah berusaha memberikan peluang untuk bangun sekali lagi. Tiada apa boleh menghalang untuk mencapai impian asalkan bertekad dan yakin pada diri sendiri.
Dunia kecantikan membuka pintu kerjaya saya sekali lagi. Sehelai pakaian dalam pembentukan badan Elysyle mengizinkan saya memenuhi pakej saya. Seperti semua yang wanita inginkan, kehidupan yang sentiasa kekal sihat, jelita dan gembira. Elysyle pakaian dalam pembentukan badan ialah salah satu senjata untuk mengekal bentuk badan saya. Yang mengembirakan adalah mendapat rezeki semasa mengekal kecantikan badan. “One stone kills two birds”.
|
Para usahawan wanita yang begitu ghairah dan berjaya |
Karier saya sangat bermakna kepada saya kerana ia bukan setakat meringankan beban suami tetapi menyatu keluarga Maembong. Karier saya menjadikan saya sebagai motivasi dan teladan kepada semua adik-beradik untuk berusaha demi merealisasikan impian masing-masing. Walaupun sibling Maembong mengalami rintangan dan kesusahan dalam kehidupan, tapi kami masih berjaya mengharungi setiap cabaran bersama-sama.
Syukurlah adik-adik sekarang ni berjaya bertapak di dunia hiburan yang selama ini mereka impikan. Sebagai kakak sulung, saya diundang sebagai tetamu dalam 5th episode rancangan realiti The House yang disiarkan di Astro Gempak.
|
Big Maembong Family – just part of it |
Nasib baik saya sering melibatkan diri dalam pengambaran daripada karier saya. Kalau tidak, takutlah saya NG terlalu banyak kali di depan kamera..huhuhu...
Saya tidak pernah kesal menjadikan seorang usahawan wanita. Walaupun masa dengan keluarga agak terhad berbanding dengan ibu yang di luar sana, saya percaya rajin tekun beberapa tahun, kehidupan masa depan keluarga saya akan dijamin selama beberapa puluh tahun kemudian.
No comments:
Post a Comment